Siapa Nur Razali

Assalamualaikum dan Hi semua. 

Mak-mak ni kan bila malam mula lah jadi burung hantu. Tak dapat nak lelapkan mata tue 😅 Tetiba dapat idea nak buat tutorial untuk buat blog.

Eh eh tetiba terbuat blog sendiri pulak dengan nama nurrazali. Siapa Nur Razali ni ye? Awak semua boleh panggil KakNur. 


Siapa Nur Razali? 


Nama sebenar Nur Fairuz Md Razali. KakNur dah mendirikan rumahtangga dengan jejaka tampansss (sila jangan muntah hijau ye 😝) 

Jejaka tampans yang bertuah tue beliau bernama Mohd Fariz Roselan. Kami diijabkabulkan pada tanggal 11 November 2011. Oke KakNur tau awak nak cakap canteksssnya tarikh tue 😁

Alhamdulillah dikurniakan dua orang cahaya mata. Sepasang. Anak KakNur yang sulung si hero. Muhammad Darwisy Nawfal umur 5 tahun. Puteri yang kedua dan bongsu buat masa ni Nur Darwisyah Nadhrah berusia 1 tahun 2 bulan. Kami panggil Awisy dan Adra.

Nur Razali Mak Anak Dua

KakNur suri rumah sepenuh masa. Alhamdulillah rezeki KakNur dapat tengok dan jaga anak-anak dengan tangan sendiri. 

KakNur ni bukan saja-saja je duduk kat rumah takde buat apa-apa tau 😅 Hampir 4 tahun lebih menjalankan perniagaan atas talian. 

Nak tau KakNur buat bisnes apa? Nanti KakNur cerita ya.

Rasanya setakat tue je buat masa nih. Nanti kite sambung entri yang lain ye 😉

#makanakdua suka cerita kisah anak-anak
#iamnurrazali

Comments

  1. kerja atas talian..sangat best..

    masa banyak dirumah dan senang untuk urus rumah tangga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki dapat tengok anak2 membesar depan mata 😊

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Luangkan Masa Hujung Minggu Dengan Anak-anak

Demi Mu Anak