Demi Mu Anak

Nak dijadikan cerita masa cuti sekolah hari tue, ticer Awisy ada sediakan homework tulis 'Nama Saya Siapa' mama cuma tunjuk awisy follow je apa yang ticer tulis sampai habis.

Bila Awisy dah siap buat. Pastu kan terfikir sendiri takkan nak biarkan kosong je bahagian atas ni. Mama pun takde buat apa-apa. Jadi biarkan je la 😂

Balik je dari sekolah Ahad lepas, Awisy buat muka sedih. Sambil cerita, kawan-kawan awisy kan semua letak gambar masa baby yang kat nama saya darwisy tue mama. Awisy takde pun 😢

Alahai anak. Rasa bersalah terus 😑 Patutnya follow je gerak hati tue kan (sila ketok kepala sendiri) 😅

Demi Mu Anak


Semalam Awisy dapat balik buku penulisan ni jadi. Nak tebus rasa bersalah tue kan mama cuba lah lukiskan doodle untuk buat awisy happy 😂 Siap google taw 😜

Ha ni dia doodle tue 😅

Bila da siap tue Awisy senyum sampai ke telinga. Senyum lagi sambil warnakan gambar ni 😆 Cantik la mama Awisy suke. Tak sabar nak tunjuk ticer.

Nak lukis ni kan Allah je yang tau 😂 Tangan dah keras 😝 Bila tengok Awisy happy melting terus mama rasa tau. Alhamdulillah 😊

Comments

Popular posts from this blog

Luangkan Masa Hujung Minggu Dengan Anak-anak

Siapa Nur Razali