Siapa Nur Razali
Assalamualaikum dan Hi semua. Mak-mak ni kan bila malam mula lah jadi burung hantu. Tak dapat nak lelapkan mata tue 😅 Tetiba dapat idea nak buat tutorial untuk buat blog. Eh eh tetiba terbuat blog sendiri pulak dengan nama nurrazali. Siapa Nur Razali ni ye? Awak semua boleh panggil KakNur. Siapa Nur Razali? Nama sebenar Nur Fairuz Md Razali. KakNur dah mendirikan rumahtangga dengan jejaka tampansss (sila jangan muntah hijau ye 😝) Jejaka tampans yang bertuah tue beliau bernama Mohd Fariz Roselan. Kami diijabkabulkan pada tanggal 11 November 2011. Oke KakNur tau awak nak cakap canteksssnya tarikh tue 😁 Alhamdulillah dikurniakan dua orang cahaya mata. Sepasang. Anak KakNur yang sulung si hero. Muhammad Darwisy Nawfal umur 5 tahun. Puteri yang kedua dan bongsu buat masa ni Nur Darwisyah Nadhrah berusia 1 tahun 2 bulan. Kami panggil Awisy dan Adra. KakNur suri rumah sepenuh masa. Alhamdulillah rezeki KakNur dapat tengok dan jaga anak-anak dengan ...