Luangkan Masa Hujung Minggu Dengan Anak-anak

Hi semua,

Dua hari lepas KakNur dan suami bawa Awisy dan Adra luangkan masa hujung minggu di Hutan Bandar Mutiara Rini, Johor Bahru.

Kebetulan pada hari Jumaat tue KakNur jumpa customer yang order produk shaklee area Kampung Melayu Lima Kedai. Alang-alang dah ke sana dekat je kan jadi KakNur pun teruskan je niat nak bawa anak-anak pergi ke hutan bandar mutiara rini.

Beriadah di hutam bandar mutiara rini johor bahru | nurrazali

Alhamdulillah tiba je sana, KakNur happy sebab kereta tak banyak. Haha. Orang pun tak ramai. Senang je dapat parking. Lupa pulak yang hari tue hari orang bekerja kan. Suami KakNur je yang tak keje hari Jumaat dan Sabtu 😅

Beriadah Di Hutan Bandar Mutiara Rini


KakNur dengan anak-anak takdelah berlari sakan pusing keliling 1 hutan bandar tue kan 😂 Biasalah mak-mak kan, kat tangan kanan tue da standby plastik dalam tue ada botol air, makanan ringan lepas tue ternampak botol vitamin pun KakNur angkut sekali. Konon-kononnya nak photoshot kalau ada nampak tempat cantik kan 😂 (ajet sangat) Tangan kiri pulak pimpin Adra.

Luangkan masa dengan anak-anak | nurrazali

Awisy dengan Adra memang happy sangat. Jujurnya ni kali pertama kami sekeluarga luangkan masa bersama kat hutan bandar ni. Adra pun da pandai jalan kan. KakNur biarkan je Adra berjalan sendiri. Biar die explore apa yang ada di sekeliling dia kan.

Taknak cerita banyak jemput tengok gambar yang KakNur sempat ambik. Tapi kan semuanya candid 😅 faham-faham je la anak-anak ni mana reti duduk diam. Snap banyak kali pun gitu jugak jadinya. Tapi takpela kan yang penting anak-anak happy 😉

Luangkan masa dengan anak-anak di hutan bandar mutiara rini | nurrazali

Taman rekreasi hutan bandad mutiara rini





Rasanya sampai setakat ini dulu la ye. Ada masa dan rezeki KakNur cerita lagi 😊 Terima kasih semua sudi luangkan masa baca kejap blog KakNur 😊

Comments

  1. masa yang berkualiti bagus diluangkan bersama keluarga...

    bukan selalu tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul setuju sangat dengan HB. Walaupun KakNur bekerja kat rumah nak tunggu suami betul2 free agak mencabar jugak hehehe bila da ada peluang bersama2 ni memang fokus betul2 masa berharga dengan keluarga.

      Delete
  2. Seronoknya tu dapat main dekat taman permainan. Heheh :)

    ReplyDelete
  3. Semoga dimurahkan rezeki sekeluarga

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Demi Mu Anak

Siapa Nur Razali