Posts

Showing posts from March, 2017

Demi Mu Anak

Image
Nak dijadikan cerita masa cuti sekolah hari tue, ticer Awisy ada sediakan homework tulis 'Nama Saya Siapa' mama cuma tunjuk awisy follow je apa yang ticer tulis sampai habis. Bila Awisy dah siap buat. Pastu kan terfikir sendiri takkan nak biarkan kosong je bahagian atas ni. Mama pun takde buat apa-apa. Jadi biarkan je la 😂 Balik je dari sekolah Ahad lepas, Awisy buat muka sedih. Sambil cerita, kawan-kawan awisy kan semua letak gambar masa baby yang kat nama saya darwisy tue mama. Awisy takde pun 😢 Alahai anak. Rasa bersalah terus 😑 Patutnya follow je gerak hati tue kan (sila ketok kepala sendiri) 😅 Demi Mu Anak Semalam Awisy dapat balik buku penulisan ni jadi. Nak tebus rasa bersalah tue kan mama cuba lah lukiskan doodle untuk buat awisy happy 😂 Siap google taw 😜 Ha ni dia doodle tue 😅 Bila da siap tue Awisy senyum sampai ke telinga. Senyum lagi sambil warnakan gambar ni 😆 Cantik la mama Awisy suke. Tak sabar nak tunjuk ticer. Nak lukis ni kan Allah

Siapa Nur Razali

Image
Assalamualaikum dan Hi semua.  Mak-mak ni kan bila malam mula lah jadi burung hantu. Tak dapat nak lelapkan mata tue 😅 Tetiba dapat idea nak buat tutorial untuk buat blog. Eh eh tetiba terbuat blog sendiri pulak dengan nama nurrazali. Siapa Nur Razali ni ye? Awak semua boleh panggil KakNur.  Siapa Nur Razali?  Nama sebenar Nur Fairuz Md Razali. KakNur dah mendirikan rumahtangga dengan jejaka tampansss (sila jangan muntah hijau ye 😝)  Jejaka tampans yang bertuah tue beliau bernama Mohd Fariz Roselan. Kami diijabkabulkan pada tanggal 11 November 2011. Oke KakNur tau awak nak cakap canteksssnya tarikh tue 😁 Alhamdulillah dikurniakan dua orang cahaya mata. Sepasang. Anak KakNur yang sulung si hero. Muhammad Darwisy Nawfal umur 5 tahun. Puteri yang kedua dan bongsu buat masa ni Nur Darwisyah Nadhrah berusia 1 tahun 2 bulan. Kami panggil Awisy dan Adra. KakNur suri rumah sepenuh masa. Alhamdulillah rezeki KakNur dapat tengok dan jaga anak-anak dengan tangan sendiri.